Ciri-ciri IPad Mini

iPad Mini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan iPad 2. Tetapi terdapat beberapa perbezaan.[9] iPad Mini mempunyai kepadatan piksel yang berlainan, dok Lightning dan juga dilengkapi perisian Siri.[10]

Perbandingan saiz antara iPad Mini (putih) dengan iPad generasi ketiga

Spesifikasi

iPad Mini mempunyai SoC yang sama dengan iPad 2 iaitu Apple A5 yang mengandungi CPU 1.0 GHz, pemproses grafik PowerVR SGX543MP2 dan ingatan capaian rawak 512 MB. Berbeza denga iPad 2, ia mempunyai 2 kamera seperti iPad selepas iPad 2. Ia mempunyai kamera belakang 5.0 MP yang dipanggil iSight dengan kamera depan 1.2 MP yang berupaya mengambil video 720 HD yang direka untuk FaceTime. Kamera ini sama dengan iPad generasi keempat. Resolusi paparan adalah sama dengan iPad 2 iaitu 1024 x 768, akan tetapi oleh kerana saiz skrin yang lebih kecil (7.9 inci (200 mm)) kepadatan pikselnya menjadi 163 PPI. Ini membuktikan bahawa iPad Mini tidak dilengkapi dengan paparan Retina. iPad Mini juga seperti iPad generasi keempat mempunyai dok Lightning.[9]

Saiz iPad Mini adalah 7.87×5.30×0.28 in (200×135×7.1 mm), lebih nipis daripada iPad yang lain. Beratnya juga separuh daripada berat iPad generasi keempat.

Perisian

iPad Mini didatangkan dengan sistem pengendalian iOS 6.0.1. Selain mempunyai perisian asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, Youtube, iTunes, Muzik, App Store, Peta, Nota, Pusat Permainan, Photo Booth, Kenalan dan Kalendar, ia juga mempunyai perisian kawalan suara, Siri. Seperti peranti iOS yang lain, iPad boleh menyelaraskan kandungan dan lain-lain data dengan Mac atau PC menggunakan iTunes. Walaupun iPad tidak direka untuk membuat panggilan telefon menggunakan jaringan selular, pengguna boleh menggunakan perisian VoIP seperti Skype untuk membuat panggilan.

Perisian kawalan suara Siri,[10] adalah iPad yang pertama untuk keluarga iPad yang dilengkapi Siri tanpa memerlukan pengguna menaiktaraf iOS mereka. Ini membolehkan pengguna menggunakan arahan suara untuk membuka aplikasi, permainan, mengarang mel, atau bertanya sesuatu mengenai pelbagai maklumat seperti cuaca dan pengetahuan am.

Aksesori

Smart Cover, pelindung skrin yang diperkenalkan untuk semasa pengumuman iPad 2 mempunyai saiz yang kecil khas utuk iPad Mini.[11] Aksesori yang direka untuk iPad samada menggunakan sambungan Bluetooth atau dok 8-pin Lightning, boleh digunakan untuk iPad Mini.

Rujukan

WikiPedia: IPad Mini http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2012/10/23Apple-In... http://appleinsider.com/articles/12/10/22/images-o... http://bgr.com/2012/10/16/ipad-mini-launch-date-ev... http://news.cnet.com/8301-13579_3-57528109-37/ipad... http://news.cnet.com/8301-13579_3-57538580-37/how-... http://edition.cnn.com/2012/11/06/tech/mobile/ipad... http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew... http://www.maclife.com/article/reviews/ipad_mini_s...